Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media pada sidang Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Keempat Belas Tahun 2022 di Bangunan Annex pada 15 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSI BERITA UTAMA PILIHAN MINGGUAN SELANGOR

Pusat Kehidupan Berdikari sedia latihan vokasional bantu OKU tingkat kemahiran

SHAH ALAM, 11 APRIL: Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan pelaksanaan Pusat Kehidupan Berdikari (ILC) bagi membantu Orang Kelainan Upaya (OKU) di Selangor meningkatkan tahap kemahiran.

“ILC menyediakan latihan terutamanya dalam bidang vokasional kepada kumpulan OKU yang tamat persekolahan di bawah program pendidikan khas.

“Sebanyak RM1 juta diperuntukkan untuk membantu meningkatkan tahap kemahiran mereka,” kata Dato’ Menteri Besar itu menerusi Twitter hari ini.

Kerajaan Negeri menubuhkan ILC bagi membantu OKU memperoleh pekerjaan selepas tamat persekolahan.

Pada 1 Mac lalu, EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata projek itu rintis dilaksanakan dengan sasarannya adalah anak istimewa berusia 18 tahun ke atas.

Pusat itu ditubuhkan pada 22 Mac lalu bagi memastikan golongan terbabit tidak keciciran kerana terdapat dalam kalangan mereka yang kreatif dan berkemahiran berbanding individu normal.


Pengarang :