BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Rabies: Penduduk diminta beri kerjasama kawal populasi anjing liar

SHAH ALAM, 13 APRIL: Penduduk negeri ini diminta memberi kerjasama kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengawal populasi anjing liar bagi mengelak risiko penyakit rabies.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata keengganan segelintir individu memberi kerjasama menyukarkan PBT untuk menangkap haiwan berkenaan, lapor Sinar Harian.

“Semua PBT ada masalah kawal anjing kerana menghadapi kesukaran menangkap haiwan tersebut serta tidak dibenarkan menembak anjing liar atau sebagainya.

“Oleh itu, kawalan ke atas anjing liar ini banyak bergantung kepada kerjasama dengan rakyat,” katanya.

Beliau turut memaklumkan tiada peruntukan khas disediakan Kerajaan Negeri untuk menangani penyakit itu berikutan ia bukan bersifat endemik seperti demam denggi.

Menurutnya Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan PBT bertanggungjawab mengekang penularan penyakit terbabit.


Pengarang :