Penerima mengambil baucar Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu pada 11 April 2022. Foto Facebook Lee Kee Hiong
ADNSELANGOR

Rai hari jadi, lebih 800 warga emas terima baucar beli-belah

SHAH ALAM, 12 APRIL : Seramai 879 individu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu menerima baucar Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE), semalam.

Wakil rakyat Lee Kee Hiong berkata penerima adalah golongan berpendapatan rendah yang terdiri dalam kalangan warga emas lahir pada bulan Januari hingga Mei.

Menurutnya, baucar bernilai RM100 itu selesai diagih semalam di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Kubu Bharu.

“Mereka boleh menebus dan membeli-belah menggunakan baucar ini di Pasaraya Econsave Batang Kali sebelum 15 Mei. Kita berharap sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban penerima,” katanya kepada SelangorKini.

SMUE diperkenalkan lebih sedekad lalu bagi menghargai warga emas negeri ini dengan setiap ahli mendapat manfaat baucar beli-belah dan khairat kematian.

Belanjawan Selangor 2022 memperuntuk sebanyak RM27.5 juta bagi kelangsungan program tahun ini.


Pengarang :