DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (kanan) berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar Pengajian Tahfiz Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada 17 April 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Raja Muda agih duit raya kepada pelajar tahfiz Masjid Istana Diraja

SHAH ALAM, 19 APRIL: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah kelmarin berkenan menyerahkan duit raya kepada pelajar Pengajian Tahfiz Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah.

Menurut Facebook Selangor Royal Office, pelajar berkenaan yang juga anak jati Selangor cemerlang dalam akademik serta ditempatkan di kuarters kakitangan pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor .

“Mereka dihantar bersekolah di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor, Alam Impian.

“Sesi pengambilan lima tahun sekali pelajar tahfiz ini membabitkan 10 pelajar kelahiran Selangor yang memiliki latar belakang cemerlang dalam akademik dan sahsiah,” kata kenyataan itu.

Jelasnya, selain mengimarahkan aktiviti di Masjid Istana Diraja, pelajar berkenaan juga terlibat dalam majlis rasmi Sultan Selangor dan kerabat diraja Selangor.


Pengarang :