Setiausaha Politik Kawasan Dato’ Menteri Besar Rahim Ahmad Kasdi (dua, kanan) bersama Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor (kanan) menyampaikan sumbangan sempena Aidilfitri MBI di Dewan Beringin, Gombak pada 29 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Ramai dapat manfaat, MBI hampir selesai agih bantuan Ramadan RM3 juta

GOMBAK, 29 APRIL: Peruntukan RM3 juta oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI untuk program Ihya’ Ramadan tahun ini hampir selesai diagihkan ke seluruh negeri.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata jumlah itu termasuk bantuan tunai kepada 2,000 asnaf fakir dan miskin sekitar Parlimen Gombak selain surau dan masjid bagi pengimarahan.

“Sehingga semalam kita masih terima permohonan daripada rumah ibadat ini serta pertubuhan bukan kerajaan. Setiap tahun sumbangan Ramadan disediakan dan menjadi tradisi tahunan syarikat.

“Semoga usaha ini meringankan beban golongan memerlukan,” katanya selepas menyerahkan bantuan kepada 500 penerima di Dewan Beringin Sri Gombak di sini hari ini.

Selain menyerahkan sumbangan kepada masjid dan surau, MBI turut meneruskan tradisi mengagihkan 1,000 pek makanan berlauk setiap hari di beberapa lokasi terpilih.


Pengarang :