Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Ribut petir, hujan dijangka landa tiga daerah di Selangor hingga 4 petang

SHAH ALAM, 18 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 4 petang ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di negeri ini melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang.

Manakala, cuaca sama dijangka berlaku di Kerian, Perak dan Pekan, Pahang.

Di Sarawak pula membabitkan daerah Kuching (Bau dan Kuching), Serian dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :