Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Ribut petir, hujan diramal landa Hulu Langat hingga 8 malam

SHAH ALAM, 23 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri lain termasuk Selangor sehingga 8 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut dijangka berlaku di negeri ini melibatkan Hulu Langat serta seluruh Negeri Sembilan dan Melaka.

Manakala Kedah pula di Padang Terap, Sik dan Baling; Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang), Kelantan (Jeli dan Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang).

Di Sarawak pula ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sibu (Selangau), Mukah (Dalat Dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang diikuti Sabah (Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu)).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :