Cuaca hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2020. Foto: BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Ribut petir, hujan diramal landa lima daerah di Selangor malam ini

SHAH ALAM, 3 APR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 9 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan lima daerah di negeri ini dijangka mengalami keadaan tersebut iaitu Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Ramalan sama di kebanyakan kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Manakala Perak meliputi Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Sarawak pula membabitkan Serian, Samarahan (Simunjan), Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Kapit (Song) dan Limbang diikuti Sabah (Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahat Datu), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu)).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :