Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Ribut petir, hujan diramal landa Sabak Bernam hingga 4 petang

SHAH ALAM, 7 APR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan daerah Sabak Bernam, Selangor hingga 4 petang ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di Perak iaitu di Manjung, Bangan Datuk dan Hilir Perak.

Manakala Terengganu meliputi Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang; Johor (Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), Sarawak (Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi)) serta Sabah (Pantai Barat dan Kudat).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :