AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Ribut petir, hujan diramal landa tiga daerah di Selangor hingga 4 petang

SHAH ALAM, 19 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 4 petang ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di negeri ini melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat dan Sepang serta seluruh Kuala Lumpur.

Manakala, cuaca sama dijangka berlaku di Perak melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim; Pahang Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di Sarawak pula membabitkan Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Sibu (Selangau), Mukah (Tanjung Manis, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang manakala Sabah (Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Lahat Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (kota Marudu).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :