Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Ribut petir, hujan diramal landa tiga daerah di Selangor hingga 8 malam

SHAH ALAM, 15 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 8 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di negeri ini melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta seluruh Negeri Sembilan dan Melaka.

Manakala Perak meliputi Batang Padang dan Muallim, Kelantan (Jeli), Terengganu (Besut), Pahang (Tanah Tinggi Cameorn, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Bera dan Rompin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang).

Sarawak pula di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Sri Aman, Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong dan Sibu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :