Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menyerahkan cek cura berjumlah RM5,000 kepada wakil masjid di Masjid Bandar Baru Ampang, Ampang pada 19 April 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

RM40,000 diperuntuk kepada empat masjid, 23 surau di Ampang

AMPANG, 20 APRIL: Kerajaan Negeri memperuntuk RM20,000 untuk diagih kepada empat masjid selain RM20,000 lagi untuk disumbangkan kepada 23 surau di daerah ini.

Sumbangan itu disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari kepada Masjid Bandar Baru Ampang; Masjid Bukit Antarabangsa; Masjid Ukay Perdana dan Masjid Jami’ilhuda, Kampung Melayu Ampang.

Turut menerima sumbangan Aidilfitri ialah 20 individu berpendapatan rendah (B40) dan ibu tunggal yang menerima barangan keperluan asas dan wang tunai RM100.

Amirudin berkata peruntukan itu adalah sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Terdahulu, beliau menunaikan solat Isyak dan Tarawih berjemaah di Masjid Bandar Baru Ampang. Turut hadir, EXCO Perumahan Rodziah Ismail dan Penyelaras DUN Bukit Antarabangsa Suzana Shaharudin.

Sebelum itu, Dato’ Menteri Besar hadir ke majlis berbuka puasa bersama 300 ketua jabatan pelbagai agensi dan penduduk daerah Hulu Selangor di Masjid Nurul Iman, Serendah.


Pengarang :