BUDAYARENCANA

Sebelum lohong itu

(betapa muda kembang neon menyerpih di kaki lima kerana di situ hidup Manusia memanjang; kerana cahaya menyimpan kelibat tuhan yang cerah mengekori perlahan di balik punggung kita; kerana kita memperolok peta ke rumah sendiri; kerana kita membungkuk air mata yang melurus ke bibir; kerana kesesatan membuat debu sabar membawa arah; kerana tenaga masa hadapan meleper di sini maka dunia merendahkan nasibnya; kerana kita malu mengamini luka-luka wahyu yang menggesa dunia; kerana doa yang kita saling padankan telah mengesat bersih dirinya dari sabda mungil seorang kekasih dan kembali-lahir sebagai kembang neon di hujung lebuhraya yang sedang menuntun anak mata kita menoktah dalam lelap yang memucat dan lohong di hadapan kita sedang membundar dalam lesu keabadian).

Qurratul ‘Ain


Pengarang :