BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Segera cuci luka gigitan haiwan, dapatkan rawatan di klinik

SHAH ALAM, 11 APRIL: Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah pencegahan awal jika diserang haiwan liar terutama anjing, saran EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud turut mengingatkan mangsa yang terkena gigitan supaya membersihkan bahagian tubuh yang luka dan mendapatkan rawatan di klinik terdekat.

“Saya menasihati orang awam agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan apabila digigit oleh anjing atau haiwan liar.

“Segera membersihkan bahagian tubuh yang digigit atau dicakar dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital terdekat,” katanya di Facebook.

Semalam, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesahkan kes kematian melibatkan seorang lelaki warga tempatan di Petaling pada 10 Mac lalu akibat jangkitan rabies.

Pengarah Kesihatannya Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata perkara itu berdasarkan keputusan ujian makmal dengan mangsa berusia 40 tahun meninggal dunia di rumahnya.


Pengarang :