Dato’ Menteri Besar, Dato’ Amirudin Shari berucap ketika majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Jabatan Agensi dan Anak Syarikat Negeri Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Shah Alam pada 8 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor hargai jasa penjawat awam ketika negeri berdepan cabaran

SHAH ALAM, 8 APRIL: Kerajaan Selangor menghargai kerja keras penjawat awam negeri ini ketika berdepan pelbagai rintangan yang tidak diduga.

Dato’ Menteri Besar berkata penularan Covid-19 yang memberi kesan ekonomi serta kejadian banjir hujung tahun lalu dihadap dengan sebaik mungkin demi kepentingan rakyat.

“Kerajaan Negeri ucapkan terima kasih atas kerja keras kakitangan dalam berdepan rintangan. Kita kukuhkan dan dalamkan lagi kerjasama ini untuk kejayaan akan datang,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Amirudin Shari solat tarawih selepas majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Jabatan Agensi dan Anak Syarikat Negeri Selangor di Kediaman Rsami Menteri Besar, Shah Alam pada 8 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Beliau bercakap pada majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama ketua jabatan, agensi serta anak syarikat Kerajaan Negeri di kediaman rasminya malam ini.

Majlis turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, Pegawai Undang-Undang Dato’ Salim Soib @ Hamid dan Pegawai Kewangan Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Amirudin turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah bersama tetamu selain menikmati jamuan moreh.


Pengarang :