Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya diramal ribut petir, hujan hingga 10 malam

SHAH ALAM, 24 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri lain termasuk Lembah Klang sehingga 10 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut dijangka berlaku di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Perlis dan Labuan.

Manakala Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik; Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Gua Musang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong) serta Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau).

Keadaan sama diramal di Sarawak iaitu di Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu san Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang diikuti Sabah (Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran dan Eanau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran)).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :