Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis Rapat Ramadan Dato’ Menteri Besar Bersama Penjawat Awam di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 8 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

Selangor kutip cukai RM760 juta setakat Mac, catat lebihan RM100 juta

SHAH ALAN, 8 APRIL: Sebanyak RM760 juta hasil kutipan cukai berjaya dikutip Kerajaan Negeri setakat Mac lalu, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kutipan itu mengatasi jumlah kutipan dalam tempoh masa yang sama tahun lalu sebanyak RM100 juta.

“Alhamdulilah sehingga Mac dari segi kutipan hasil kita berjaya mengatasi pencapaian yang sama atau Mac 2021 lebih RM100 juta.

“Kalau kita mampu kekal momentum ini dengan baik saya percaya… kita mampu beri balik kepada rakyat melalui program yang dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Rapat Rahmah Ramadan di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Pada sidang media selepas program, Amirudin memaklumkan jumlah kutipan tersebut dalam tempoh dinyatakan.

“Kutipan kita telah mencecah RM760 juta atau 37.09 peratus daripada sasaran sebanyak RM2.05 bilion,” katanya.


Pengarang :