EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan, Khairuddin Othman berucap ketika majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri ‘Hargai Jasa Atlet’ di Ibu Pejabat Yayasan Kebajikan Bekas Atlet Kebangsaan (Yakeb), Kuala Lumpur pada 27 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor, MSN bincang sukan ditandingi pada Sukma 2022

KUALA LUMPUR, 27 APRIL: Kerajaan Negeri akan berbincang dengan Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor berhubung jenis sukan ditandingi pada Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata beberapa perkara perlu dipertimbang berikutan berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan masalah ekonomi.

“Persiapan kita sama seperti negeri-negeri lain terikat dan semuanya ada kekangan disebabkan pandemik.

“Majlis tertinggi Sukma juga belum memutuskan lagi jenis sukan tetapi di peringkat Selangor kita akan lihat keupayaan atlet. Mungkin ada sukan yang kita tidak sertai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Hargai Jasa Atlet di Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan di Bukit Kiara di sini hari ini.

Selangor menyasarkan meraih sekurang-kurangnya 60 pingat emas dengan kedudukan ketiga terbaik dalam Sukma 2022.

Temasya sukan ke-20 yang tertangguh sejak dua tahun lalu berikutan pandemik Covid-19 akan berlangsung di sekitar Lembah Klang.


Pengarang :