Pengunjung beratur membeli makanan di bazar Ramadan berhampiran Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Shah Alam pada 21 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Selangor sedia ratusan lubuk juadah berbuka sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 3 APRIL: Menuju ke fasa endemik bermula 1 April, banyak kelonggaran diberi termasuk kebenaran penganjuran pasar Ramadan meski masih ada ancaman penularan varian Omicron.

Keadaan itu pasti melegakan golongan peniaga serta pengunjung yang merindui pelbagai juadah, termasuk hidangan unik dan jarang dijual di luar bulan mulia ini.

Di Selangor, 12 pihak berkuasa tempatan menyediakan 11,967 tapak bazar Ramadan di 238 lokasi seluruh negeri setakat 15 Mac. Jumlah itu meningkat berbanding 11,773 tapak disediakan tahun lalu.

Pertambahan ini membolehkan lebih ramai peniaga kecil mencari rezeki sepanjang Ramadan. Namun mereka tertakluk kepada tatacara operasi piawai (SOP) bagi mengelakkan penularan virus.

Wartawan AMIN RIDZUAN ISHAK memilih sebahagian lokasi popular dalam 12 pihak berkuasa tempatan seluruh Selangor.

Majlis Daerah Sabak Bernam

  • Pasar Awam Sekinchan
  • Jalan Bunga Matahari, Pekan Sungai Besar
  • Jalan Dataran Usahawan, Pekan Sabak
  • Dataran Tanah Lesen, Parit Baru

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

  • Tapak Penjaja JRD, Jalan Ara, Batang Kali
  • Tapak Pasar Pagi Taman Seri, Batang Kali
  • Taman Cempaka, Serendah
  • Sebelah Medan Selera, Sungai Buaya
  • Tapak Pasar Malam, Bukit Sentosa

Majlis Perbandaran Kuala Selangor

  • Jalan Niaga 1, berhampiran Lotus Kuala Selangor
  • Hadapan IADA, Kuala Selangor
  • Hadapan pasar awam, Sungai Buloh
  • Tapak penjaja, Bestari Jaya
  • Jalan Puncak Alam 10, Bandar Puncak Alam
  • Hadapan balai raya, Saujana Utama

Majlis Perbandaran Selayang

  • Dataran Shell Greenwood
  • Jalan Samudra Timur, Taman Samudra
  • Tapak pasar malam, Pinggiran Batu Caves
  • Jalan 2, Bandar Baru Selayang
  • Jalan E3/8 Taman Ehsan
  • Tapak pasar malam Kampung Melayu Sungai Buloh
  • Bandar Rawang
  • Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri
  • Dataran Niaga Tun Teja, Rawang

Majlis Perbandaran Klang

  • Taman Meru Indah
  • Jalan Raja Mokhtar (kecuali Jumaat)
  • Taman Sungai Kapar Indah (kecuali Sabtu)
  • Bandar Sultan Suleiman (berhampiran masjid)
  • Taman Kem, Pelabuhan Klang (kecuali Khamis)
  • Lorong Haji Umar, Pulau Indah (kecuali Ahad)
  • Pandamaran Jaya, Jalan 9
  • Kampung Delek (kecuali Jumaat)
  • Bandar Baru Klang, Jalan Tiara 5 (hadapan Flat Mawar)

Majlis Bandaraya Shah Alam

  • Tempat letak kereta, Jalan Kristal, Seksyen 7
  • Tapak pasar malam, Jalan 17/20 (hadapan Dewan MBSA), Seksyen 17
  • Tapak pasar malam, Jalan 18/A & 18/2, Seksyen 18
  • Tapak pasar malam, Jalan 19/D, Seksyen 19
  • Tempat letak kereta, Jalan Singa, Seksyen 20
  • Tempat letak kereta Jalan Teraju 25/67, Seksyen 25 (bersebelahan Pasaraya Mydin)
  • Tapak pasar malam, Jalan Bukit Raja 27/8, Seksyen 27
  • Tempat letak kereta Tun Teja B, Seksyen 35 Alam Impian
  • Tempat letak kereta Jalan Anggerik Aranda, Seksyen 31
  • Tapak pasar malam, Jalan Saujana Indah, TTDI Jaya, Seksyen U2
  • Tapak pasar malam Subang Perdana, Seksyen U3
  • Jalan Nova U5/N, Subang Bestari, Seksyen U5

Majlis Bandaraya Petaling Jaya

  • Tapak Medan PJS 2/3
  • Kampung Lindungan PJS 6/3
  • Taman Sri Manja PJS 1/30
  • Seksyen 17/1A
  • Seksyen 14/27 (Pasar Seksyen 14)
  • Seksyen 51A, Kampung Baiduri
  • Seksyen 8, Sungai Jernih
  • Seksyen 3, Jalan Sentosa 3/57
  • Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara
  • Apartment Meranti, Bandar Sri Damansara
  • Prima Damansara
  • Seksyen 4, Kota Damansara
  • Apartment Vista Damansara Damai
  • Dataran Niaga Puchong Permai
  • Bandar Kinrara 5 (Jalan BK 5A/1)
  • Taman Seri Serdang (Jalan 18/35) dan Taman Equine (Jalan PP1B)

Majlis Perbandaran Ampang Jaya

  • Tempat letak kereta Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah
  • Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana
  • Tempat letak kereta Jalan Pandan 3, Pandan Jaya
  • Tempat letak kereta Jalan Melawati 1A
  • Jalan AU1D, Keramat Permai
  • Tempat letak kereta Taman Melor/ Taman Sri Bayu
  • Tempat letak kereta sebelah Restoran Dalila, Bukit Indah
  • Tapak pasar malam Jalan Ukay Perdana 1/5, Ukay Perdana
  • Bandar Baru Ampang

Majlis Perbandaran Kajang

  • Jalan Reko Sentral 2
  • Dataran Prima Saujana, Taman Prima Saujana
  • Jalan TTDI Grove 1/2
  • Taman Impian Ehsan
  • Tempat letak kereta Bandar Tun Hussein Onn (sebelah Pasaraya Aeon Big)
  • Jalan 7/1A, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
  • Kompleks Evo, Bandar Baru Bangi
  • Jalan TPS 1/1, Taman Pelangi Semenyih
  • Semenyih Sentral

Majlis Perbandaran Kuala Langat

  • Bandar Banting
  • Taman Langat Murni

Majlis Perbandaran Sepang

  • Cyberjaya
  • Kota Warisan (Kipmall)
  • Desa Pinggiran Putra
  • Taman Mas
  • Sungai Merab

Pengarang :