Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dijangka hujan lebat hingga 11 malam ini

SHAH ALAM, 9 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang dan Perlis hingga jam 11 malam ini.

Amaran sama turut membabitkan Sik, Baling dan Kulim di Kedah; Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak; Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan serta Segamat, Johor.

Kawasan lain adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kanowit) dan Kapit di Sarawak serta pedalaman Keningau dan Tambunan), Ranau, Tawau, Kinabatangan dan Sandakan di Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


Pengarang :