Ziana Zain, Elyana, Roy, Haziq, Sissy Imann dan Jamilah Abu Bakar menjalani latihan ketika sesi raptai Senandung Aidilfitri di Dewan Jubli Perak SUK, Shah Alam, pada 30 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILA/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Senandung Aidilfitri disiar dua Syawal, sasar 500,000 tontonan

SHAH ALAM, 26 APRIL: Program Senandung Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri yang ditayangkan pada hari kedua Syawal menyasarkan 500,000 jumlah tontonan selama tiga hari berturut-turut.

EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Borhan Aman Shah berkata penonton tidak kira pelbagai lapisan usia boleh menonton program hiburan itu di semua platform laman sosial Media Selangor.

“Kita harap jumlah tontonan ini lebih daripada sasaran kerana kali ini kita membawa kelainan yang lebih menarik iaitu imbauan sambutan perayaan ketika zaman 80-90an.

“Mungkin anak muda sekarang tidak sempat merasai suasana raya ketika zaman itu tetapi mereka boleh melihat semula dalam rancangan ini manakala orang lama pula dapat mengimbau kenangan,” katanya menerusi rancangan Borak Santai yang bersiaran di YouTube SelangorTV semalam.

Program berkenaan yang pertama kali disiarkan tahun lalu ketika larangan balik kampung akibat Perintah Kawalan Pergerakan bakal ditayangkan di portal selangortv.my dan media sosial, jam 9 malam.

Ziana Zain dan Roy Alwi antara artis popular sekitar 80-an dan 90-an manakala pendatang baharu pula dibarisi Sissy Imann, Elyana Emrizal dan Haziq Rosebi.

Sissy bersama Bell Ngasri, Azlee Senario dan Raja Azura juga menjayakan sketsa bertema bantuan banjir, gelagat raya dan makanan tradisi masyarakat Jawa seperti nasi ambeng.


Pengarang :