Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (Suka) mengedarkan pek sarapan pagi kepada pelajar dan ibu bapa di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang pada 30 September 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sukarelawan kesihatan Batang Kali perluas bantuan, ramai pesakit terima manfaat

SHAH ALAM, 7 APRIL: Khidmat Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) Batang Kali diperluas kepada pesakit yang mendapat janji temu di Klinik Kesihatan (KK) Serendah dan Ulu Yam Baharu.

Penyelaras Dewan Undang Negeri (DUN) Saifuddin Shafi Muhammad berkata sebelum ini pasukan sukarelawan hanya menghantar pesakit ke Hospital Kuala Kubu Bharu, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun ramai penduduk yang mendapatkan rawatan di dua KK berkenaan. Jadi kita luaskan khidmat supaya lebih ramai yang mendapat manfaat.

“Sejak September tahun lalu hingga Mac, seramai 35 pesakit yang mempunyai temu janji atau mendapatkan rawatan di hospital telah dibantu,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Saifuddin berkata individu yang memerlukan bantuan penghantaran boleh mendapat borang daripada ketua kampung, ahli majlis dan pengerusi persatuan penduduk.

SUKA ditubuhkan Ogos tahun lalu dan terbuka kepada warganegara yang menetap di Selangor, berumur 18 tahun ke atas serta sihat tubuh badan.

Ahli dilatih menggunakan modul bertemakan Covid-19 antanya pengurusan pesakit dan penggunaan kit penilaian rumah sebelum digerakkan ke seluruh negeri.


Pengarang :