DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM1.5 juta daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 22 April 2022. Foto Facebook PKPS 
AGENSISELANGOR

Sultan Selangor berkenan terima zakat niaga PKPS berjumlah RM1.5 juta

SHAH ALAM, 22 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan menerima zakat perniagaan bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah RM1.5 juta.

Bayaran zakat bagi tahun 2021 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Majlis serahan zakat perniagaan diadakan di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini, menurut PKPS di Facebook.

PKPS adalah sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri yang berperanan membangunkan industri pertanian di Selangor.


Pengarang :