DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima cek cura disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Norita Mohd Sidek dalam Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan bersama DYMM Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 22 April 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sultan Selangor berkenan terima zakat niaga RM33.7 juta

SHAH ALAM, 23 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan menerima zakat perniagaan bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada lima syarikat korporat tempatan berjumlah RM33.7 juta.

Selangor Royal Office memaklumkan majlis dihadiri Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj itu diadakan di Istana Bukit Kayangan di sini, semalam.

“Syarikat-syarikat berkenaan adalah Lembaga Tabung Haji (TH), Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Pintas Utama Sdn Bhd dan Bank Islam Malaysia Bhd,” katanya menerusi Facebook.

Berdasarkan perkongsian gambar TH menyerahkan zakat berjumlah RM27.9 juta, MBI sebanyak RM1.6 juta, PKPS dan Pintas Utama masing-masing RM1.5 juta, manakala Bank Islam pula RM1.2 juta.


Pengarang :