Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan kepada seorang wakil masjid di Negeri Sembilan. Foto NEGERI KITA
AGENDANASIONAL

Sumbangan Ihya Ramadan RM200,000 untuk masjid, surau di Port Dickson

SHAH ALAM, 8 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan sebanyak RM200,000 kepada 100 masjid dan surau di seluruh kawasan parlimen Port Dickson.

Ahli parlimen Port Dickson itu menjelaskan peruntukan tersebut bertujuan menjayakan aktiviti anak kariah sepanjang bulan puasa tahun ini, lapor Negeri Kita, sebuah portal berita berpangkalan di Negeri Sembilan.

Anwar yang juga ketua pembangkang dan presiden Parti Keadilan Rakyat turut menyediakan 5,000 kilogram kurma untuk diagih kepada penduduk sekitar Port Dickson.

“Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada mereka semua, Insya-Allah,” katanya lagi.


Pengarang :