Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONALSELANGOR

Tiga daerah di Selangor dijangka hujan lebat hingga jam 6 petang ini

SHAH ALAM, 8 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di tiga daerah di Selangor iaitu Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang hingga jam 6 petang ini.

Amaran sama turut membabitkan Putrajaya; Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Jasin, Melaka; Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

Turut terbabit, Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Bharu di Kedah; Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang di Perak.

Selain itu, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan; Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun di Terengganu; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang.

MetMalaysia turut mengeluarkan sama bagi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Mukah, Dalat, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Lahad Datu, Telupid, Beluran, Sandakan, Kudat dan Tawau.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


Pengarang :