Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Tiga daerah di Selangor dijangka ribut petir, hujan hingga 9 malam

SHAH ALAM, 19 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 9 malam ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di negeri ini melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta seluruh Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Melaka dan Labuan.

Manakala, cuaca sama dijangka berlaku di Kedah melibatkan Langkawi, Padang Terap, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Kelantan (Jeli dan Gua Musang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di Sarawak pula membabitkan Kapit (Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang manakala Sabah (Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :