Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 malam ini di beberapa negeri.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tiga daerah di Selangor dijangka ribut petir, hujan hingga 9 malam

SHAH ALAM, 2 APR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 9 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut diramal berlaku di tiga daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di negeri ini serta kebanyakan kawasan di Perlis dan Kedah.

Manakala Pulau Pinang meliputi Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan; Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar), Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Pekan dan Rompin).

Negeri Sembilan pula melibatkan Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol; Johor (Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) selain Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Kapit (Song dan Kapit).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :