Keadaan jalan yang dinaiki air akibat banjir kilat susulan hujan lebat sekitar Jalan Kia Peng berdekatan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur pada 7 Mac 2022. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Tiga daerah di Selangor dijangka ribut petir, hujan petang ini

SHAH ALAM, 1 APR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 6 petang ini.

Agensi menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut diramalkan berlaku melibatkan tiga daerah di negeri ini iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta kebanyakan kawasan di Perlis dan Kuala Lumpur.

Manakala di Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Terengganu (Hulu Terengganu).

Ramalan di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera; Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol) serta Johor (Segamat, Kluang dan Mersing).

Kawasan di Sarawak ialah Kuching, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang diikuti Sabah (Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud)).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :