Gambar hiasan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tiga daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 7 malam ini

SHAH ALAM, 16 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga daerah di Selangor, iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Langat hingga jam 7 malam ini.

Amaran sama turut membabitkan kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol di Negeri Sembilan; Mersing dan Kota Tinggi di Johor; Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; seluruh Pulau Pinang; Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk serta Hilir Perak di Perak.

Kawasan lain adalah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan; Besut dan Setiu di Terengganu; Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Kuantan di Pahang; Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Song dan Tatau di Sarawak serta Tawau, Kunak dan Lahad Datu di Sabah.

Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


Pengarang :