EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah (kiri) meninjau rakaman sketsa Senandung Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri yang dilakonkan trio pelakon komedi Raja Azura, Bell Ngasri dan Azlee Senario di Dewan Jubli Perak, SUK, Shah Alam pada 31 Mac 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Tonton Senandung Aidilfitri, peluang menang duit raya RM10,000

SHAH ALAM, 27 APRIL: Dengan hanya menonton program Senandung Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri pada dua Syawal, orang ramai berpeluang memenangi duit raya keseluruhan berjumlah RM10,000.

Bersiaran di Facebook Media Selangor dan portal selangortv.my jam 9 malam, EXCO kebudayaan berkata peraduan tonton dan menang itu mempunyai beberapa syarat untuk melayakkan penonton mendapat tunai.

Menurut Borhan Aman Shah, penonton hanya perlu berkongsi pautan rancangan tersebut kepada lima rakan menerusi semua platform media sosial selain menjawab kuiz sepanjang program berlangsung.

“Hadiah keseluruhan berjumlah RM10,000 dibahagi mengikut kategori pertandingan. Pengacara akan maklum beberapa program ditawarkan negeri dan siapa berjaya jawab akan berpeluang dapat duit raya.

“Sambil menonton sambil menguji minda, kita minta penonton untuk terus menyaksikan rancangan ini sehingga tamat siaran kerana lebih banyak duit raya bakal mereka menangi,” katanya kepada Selangorkini.

Rancangan Senandung Aidilfitri tahun ini menampilkan sketsa dan nyanyian artis terkenal antaranya Ziana, Zain, Sissy Imann, Elyana Emrizal, Haziq Rosebi dan Roy.

Senandung Aidilfitri pertama kali disiarkan tahun lalu ketika larangan balik kampung akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Ziana Zain (tiga, kanan), Elyana (dua, kiri), Roy (empat, kanan) Haziq (kiri), Sissy Imann (kanan) dan Jamilah Abu Bakar (dua, kanan) menjalani latihan ketika sesi raptai Senandung Aidilfitri di Dewan Jubli Perak SUK, Shah Alam, pada 30 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

 


Pengarang :