Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik Najwan Halimi menyampaikan bubur lambuk kepada seorang penduduk di Pangsapuri PKNS Seksyen 8, Shah Alam pada 24 April 2022. Foto Facebook Najwan Halimi
ADNSELANGOR

Wakil rakyat Kota Anggerik edar 450 pek bubur lambuk

SHAH ALAM, 25 APRIL: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik mengagihkan 450 pek bubur lambuk kepada penduduk Pangsapuri PKNS Seksyen 8 di sini semalam.

Najwan Halimi menerusi Facebook memaklumkan agihan itu dibuat bersama wakil persatuan penduduk pangsapuri berkenaan.

“Bubur lambuk itu diagihkan untuk dinikmati penduduk sekitar.

“Saya bangga melihat semangat muafakat yang begitu tinggi dalam kalangan penduduk di sini,” katanya.

Najwan turut merakamkan penghargaan kepada pengerusi dan jawatankuasa persatuan itu yang menjayakan aktiviti tersebut.


Pengarang :