Wakil rakyat Sekinchan Ng Suee Lim memberikan bantuan Ramadan dan duit raya kepada keluarga kurang berkemampuan di Sungai Burong, Tanjung Karang pada 10 April 2022. Foto Ng Suee Lim
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Wakil rakyat Sekinchan peruntuk RM50,000 anjur program sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 12 APRIL: Sebanyak RM50,000 diperuntuk wakil rakyat Sekinchan bagi menganjurkan pelbagai program untuk penduduk sepanjang Ramadan ini.

Ng Suee Lim berkata setakat ini antara program yang sedang berlangsung ialah ziarah Ramadan ke rumah keluarga kurang berkemampuan (B40).

“Sebanyak 100 rumah di kawasan Sekinchan serta di Parlimen Tanjung Karang kita ziarah di mana tiap keluarga menerima sumbangan Ramadan dan duit raya,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata selain itu pihaknya juga memperuntukan 1,500 kotak buah kurma dan 2,000 bungkus bubur lambuk untuk diedar kepada orang ramai di bazar Ramadan.

Katanya, aktiviti edaran itu dilakukan setiap Sabtu selama empat minggu di bazar lokasi terpilih.

Ng Suee Lim mengagihkan buah kurma dan bubur lambuk kepada penduduk Sungai Burong, Tanjung Karang pada 10 April 2022. Foto Ng Suee Lim

Pengarang :