Pengasuh melakukan aktiviti membaca bersama kanak-kanak ketika pelancaran Taska Anak Petugas Barisan Hadapan di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada 18 Februari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Wanita digesa mohon nafkah ketika proses cerai, elak isu berbangkit

SHAH ALAM, 13 APRIL: Wanita dalam proses penceraian perlu memperincikan isu nafkah kepada mahkamah supaya tidak timbul masalah kemudian hari.

Pegawai hal ehwal Islam Pejabat Agama Daerah Petaling berkata langkah itu akan mengikat suami supaya komited untuk membayar nafkah berkenaan.

“Wanita kena bijak. Minta mahkamah dokumentasikan arahan itu. Maklumkan jumlah anak dan berapa nafkah diperlukan.

“Buat awal-awal supaya lepas bercerai tak timbul isu nafkah. Nafkah akan terus diterima sampai satu tahap ditetapkan,” kata Ustaz Suhaimi Ahmad Wakid.

Beliau bercakap dalam program Bual Bicara bertajuk Culas Nafkah:Apa Hak wanita yang disiarkan di YouTube SelangorTV dan Facebook Media Selangor semalam.

Beliau turut mengingatkan wanita supaya tetap menuntut nafkah daripada bekas suami kerana wang itu adalah hak anak-anak.

“Banyak perempuan menghalalkan nafkah yang tak dibayar. Mahu bekas suami jawab di akhirat. Tak boleh macam itu.

“Kalau nak halalkan nafkah edah, nafkah tertunggak boleh tapi nafkah anak-anak tak boleh. Tindakan ini akan menzalimi hak anak-anak,” katanya.


Pengarang :