SHAH ALAM, 21 APRIL: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) meraikan rakan korporat yang banyak bekerjasama menjadikan Selangor sebagai negeri usahawan dalam satu majlis berbuka puasa hari ini.
Majlis diadakan di Kelab Shah Alam, dekat sini turut menyantuni dan memberi sumbangan duit raya kepada 30 anak yatim dari Pondok Tahfiz Al-Hidayah, Klang.
Antara tetamu yang hadir EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail, Pengarah Eksekutif Hijrah Dato’ Sri Mohamad Suparadi Md Noor dan Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi.
