Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf bercakap kepada media selepas Program Agihan Bubur Lambuk di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Sungai Buloh pada 20 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Yide kutip RM400,000 menerusi Kupon Infaq

SUNGAI BULOH, 20 APRIL: Sebanyak RM400,000 dikutip Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menerusi Kupon Infaq dalam tempoh dua minggu Ramadan ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkata kutipan diperoleh yayasan itu melibatkan lima daerah meliputi Hulu Langat, Gombak, Klang, Petaling dan Sepang.

“Kita harap mana-mana individu yang membayar zakat fitrah dapat menyumbang kepada anak-anak yatim kerana kita agihkan kupon ini kepada ketua penolong amil fitrah.

“Jadi apabila bayar zakat fitrah RM7 itu, jika hulur RM10 itu bakinya boleh disumbang kepada anak-anak yatim di mana besar ganjarannya ketika Ramadan ini,” kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata demikian selepas majlis agihan bubur lambuk di Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras di sini hari ini.

Pada 31 Januari lalu, Yide menyasarkan kutipan Kupon Infaq berjumlah RM1.5 juta pada Ramadan tahun ini.

Pengurus Besarnya Nur Mohd Razali Abdullah berkata sasaran itu susulan tambahan satu lagi daerah untuk edaran kupon yang memasuki tahun kelima iaitu Sepang.


Pengarang :