Sebahagian peserta yang menghadiri temu duga pada Program Penempatan Pekerjaan 2022 di Dewan Serbaguna Ayer Panas, Setapak, Kuala Lumpur pada 23 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

150 termasuk bekas banduan sertai temu duga program kerjaya

KUALA LUMPUR, 23 MEI: Seramai 150 individu hadir untuk ditemu duga pada Program Penempatan Pekerjaan 2022 di Dewan Serbaguna Air Panas, Setapak di sini, hari ini.

Pengerusi Persatuan Usahawan dan Peniaga Pusat Beli Belah Selangor (PUPPBBS) berkata sebahagian mereka yang hadir adalah dalam kalangan bekas banduan.

“Mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun di mana selain bekas banduan adalah golongan yang hilang pekerjaan.

“Terdapat 14 majikan dari pelbagai sektor seperti perkilangan dan peruncitan dengan 500 kerja ditawarkan,” kata V Ravindran kepada SelangorKini.

Pengerusi Persatuan Usahawan dan Peniaga Pusat Beli Belah Selangor (PUPPBBS), V Ravindran bercakap kepada Media Selangor ketika Program Penempatan Pekerjaan 2022 di Dewan Serbaguna Ayer Panas, Setapak,
Kuala Lumpur pada 23 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Semalam, EXCO Pemberdayaan Pekerja V Ganabatirau berkata lebih 500 peserta berjaya mendapat tawaran pekerjaan menerusi temu duga Jelajah JobCare anjuran Kerajaan Negeri sejak dilancarkan Februari lalu.

Jelajah JobCare yang diadakan di sembilan daerah bermula 26 Februari sehingga 25 Jun itu disertai 15 syarikat tempatan dari pelbagai sektor dengan menawarkan kira-kira 3,000 peluang pekerjaan.

Individu berminat boleh mendaftar melalui pautan https://uppselangor.wixsite.com/my-site .

Berikut lokasi dan tarikh seterusnya penganjuran Jelajah JobCare:

1. Gombak – Dewan Taman Gombak (4 Jun)
2. Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang (11 dan 12 Jun)
3. Kuala Langat – Dewan Banting Baru (18 Jun)
4. Sabak Bernam – Dewan Sri Bernam (25 Jun)


Pengarang :