Orang ramai khususnya dari Klang mengambil peluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma sempena Chitthirai Mutthukkal di Kuil Sri Raja Rajeswari pada 16 Mei 2022. Foto MUSTAKIM RAMLI/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

1,500 buat pemeriksaan kesihatan percuma sempena Tahun Baharu India

KLANG, 16 MEI: Seramai 1,500 individy sekitar Klang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma sempena Chitthirai Mutthukkal di Kuil Sri Raja Rajeswari di sini, hari ini.

Wakil rakyat Sentosa Dr G Gunarajah berkata program itu diadakan sempena hari pertama bulan pertama Tahun Baharu India.

“Kita bawakan beberapa orang doktor di sekitar Sentosa bagi melancarkan program, selain terdapat juga pemeriksaan mata bagi pemberian kaca mata percuma.

“Ada juga acara pentas pada malam ini selain pertandingan membabitkan kanak-kanak bermula dari jam 4 petang sehingga 11 malam,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata program berkenaan kali pertama diadakan selepas dua tahun Covid-19 melanda negara.

“Kebiasaannya dirai secara besar-besaran setiap 14 April tetapi Covid-19 dan pelbagai perkara tidak dapat dielakan jadi kita adakan pada hari ini,” katanya.


Pengarang :