Nur Qaseh Qaireen Nazri, 7, ditemani ibunya Norli Desa, 45, dan kakaknya Nur Aqieela Qaireen, 8, ketika menerima suntikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di sebuah klinik swasta di Kuala Nerus, Terenggani pada 16 April 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

28 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 13 MEI: Sebanyak 993,652 atau 28 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW, sebanyak 1,596,416 kanak-kanak atau 45 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,901,725 atau 93.3 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,999,490 atau 96.4 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam masa sama, sejumlah 16,057,632 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,970,424 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,245,673 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 37,536 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 16,994 dos pertama, 16,459 dos kedua dan 4,083 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,551,572.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak empat kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan dua kes dilaporkan di Perak, dan masing-masing satu kes di Perlis dan Selangor.

– BERNAMA


Pengarang :