Koleksi enam lukisan emas yang dipamerkan di Boathouse, Ampang. Foto ihsan Galeri Aureo
AGENDANASIONAL

’50 Golden Finites’ tampil koleksi lukisan emas bernilai RM8.75 juta

ADVERTORIAL

SHAH ALAM, 31 MEI: Koleksi eksklusif lukisan emas mewah bernilai sehingga RM8.75 juta (US$2 juta) dan semakin meningkat dipamerkan di Boathouse, Ampang pada 27 hingga 29 Mei lalu.

’50 Golden Finites’ didedikasikan untuk mempamerkan karya Kim Il Tae, satu-satunya artis yang menggunakan emas 24 karat dalam lukisannya di seluruh dunia.

Menurut Galeri Aureo yang mewakili Kim secara eksklusif, pameran itu menampilkan enam lukisan emas klasik selain karya mini ‘Golden Horse’ dan ‘Tree of Abundance’ bagi memikat pengumpul seni.

“Galeri Aureo juga berusaha memberi kembali kepada komuniti tempatan bawah program Aureo Empowerment Movement.

Lukisan emas dipamerkan di Glasshouse

“Sebahagian daripada jualan lukisan emas Kim akan diberikan kepada pertubuhan amal, termasuk Fugee School, Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia dan A-HEART,” katanya dalam kenyataan.

Pengedar Mercedes-Benz, Hap Seng Star turut serta dalam pameran itu dengan memaparkan S-Class dan menawarkan pandu uji EQA kepada pelanggan setia mereka.

Untuk maklumat lanjut berhubung Galeri Aureo dan ‘50 Golden Finites,’ layari https://aureo.co/ dan https://www.50goldenfinites.com/ atau Instagram @aureogallery dan Facebook.


Pengarang :