Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunarajah (kiri) menyerahkan barang keperluang bayi kepada keluarga memerlukan di kawasan DUN Sentosa pada 21 Januari 2022. Foto Facebook Dr G Gunarajah
ADNBERITA UTAMASELANGOR

ADN Sentosa belanja RM60,000 agih bakul makanan, bantuan sekolah

KLANG, 17 MEI: Sebanyak RM60,000 diperuntuk Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa bagi membantu golongan kurang berkemampuan sejak Januari tahun ini.

Dr G Gunarajah berkata inisiatif itu merangkumi bantuan bakul makanan dan persekolahan yang masih diagih sehingga kini kerana masih ramai terkesan dengan pendemik.

“Walaupun kita telah beralih ke fasa endemik, namun kesan dari pandemik Covid-19 itu masih ada sehingga kini yang mana masih ramai yang memerlukan bantuan.

“Pihak kami sentiasa mengambil inisiatif turun padang bagi melihat lebih dekat keperluan masyarakat, jika ada yang memerlukan kita pastikan bantuan diagih segera,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui selepas meninjau program pemeriksaan kesihatan percuma di Kuil Sri Raja Rajeswari di sini, semalam.

Beliau berkata sepanjang tahun ini, sebanyak 1,500 bakul makanan diedarkan selain bantuan persekolahan, yang memanfaat ratusan pelajar.

“Secara keseluruhan sebanyak 7,000 keluarga telah menerima bakul makanan sejak pandemik melanda negara dua tahun lalu,” katanya.

 


Pengarang :