Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkongsi berita kematian Allahyarham Dr Ahmad Syafii Maarif di Facebook. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

Anwar ucap takziah atas pemergian tokoh Muhammadiyah

SHAH ALAM, 27 MEI: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada pemimpin dan pengikut pertubuhan Muhammadiyah di Indonesia atas pemergian Prof Dr H Ahmad Syafii Maarif.

Ketua pembangkang secara peribadi mengakui terkesan berikutan tokoh berkenaan antara sahabat baiknya selain Allahyarham juga seorang sarjana dan pemikir bangsa.

“Semoga Buya Syafii diampunkan segala dosanya dan dikurniakan husnul khatimah, insya-Allah,” kata presiden Parti Keadilan Rakyat menerusi Facebook hari ini.

Ahmad Syafii yang lahir pada 31 Mei 1935 di Sumatera Barat meninggal dunia pada jam 10.15 pagi (11.15 pagi waktu Malaysia) di Yogyakarta akibat sakit jantung.

Allahyarham adalah bekas ketua umum pengurus pusat Muhammadiyah, sebuah organisasi Islam yang besar di republik tersebut.


Pengarang :