AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Bangun seawal 3 pagi, ibu teruja bawa anak sertai kejohanan seni bela diri

SHAH ALAM, 30 MEI: Seorang ibu sanggup bangun seawal 3.30 pagi untuk membuat persiapan empat anaknya menyertai Kejohanan Selangor Martial Arts XTIV di Dataran Kemerdekaan Shah Alam semalam.

V Rajeswary

V Rajeswary, 36, berkata beliau bangun awal kerana perlu menyiapkan keperluan anak-anak sebelum bertolak dari kediaman di Telok Panglima Garang pada jam 5.30 pagi.

“Anak-anak teruja kerana sudah lama tidak ada program seperti ini yang boleh berkumpul dan berjumpa rakan-rakan.

“Program seperti ini perlu diteruskan dan bagus untuk perkembangan anak-anak,” katanya.

Hanasir Ms Zain

Kakitangan swasta, Hanasir Ms Zain, 56, berkata beliau singgah ke pertandingan sementara menunggu isteri membuat kad pengenalan.

“Setiap minggu menjadi rutin saya membawa anak-anak beriadah di dataran dan hari ini sengaja membawa anak melihat pertandingan seni bela diri.

“Program seperti ini bagus dan sekiranya anak-anak berminat saya akan mendaftarkan mereka untuk menyertai seni ini,” katanya.

 


Pengarang :