Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur pada 25 April 2022 dinaiki air ekoran hujan lebat. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Banjir kilat di beberapa kawasan, laluan di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 25 MEI: Beberapa kawasan dan laluan di sekitar ibu negara dinaiki air berikutan hujan lebat lebih dua jam hari ini.

Antara kawasan yang dinaiki air ialah Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Imbi, Jalan Sultan Ismail, Bulatan Dato, Kampung Periuk dan Jalan Duta Mas.

Hujan bermula sejak awal pagi dan mulai lebat kira-kira 10 pagi.

Menurut kenyataan Polis Kuala Lumpur jalan-jalan yang turut dinaiki air akibat banjir kilat itu ialah Jalan Ampang, Jalan Kuching, Jalan Raja, Jalan Pudu dan Jalan Maharajalela, namun kesemua jalan-jalan itu boleh dilalui kenderaan ringan dan berat.

“Laluan yang sebelum ini ditutup iaitu Jalan Sultan Azlan Shah, Kampung Periuk, Lorong Raja Mahadi dan Jalan Ampang kini dibuka untuk semua kenderaan setelah air surut menjelang petang,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA


Pengarang :