Sukarelawan mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat pada 23 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDASELANGOR

Bantuan baik pulih infrastruktur sekolah dibuka sehingga 5 Jun

SHAH ALAM, 11 MEI: Kerajaan Negeri mempelawa sekolah di negeri ini untuk memohon bantuan bagi membaik pulih dan membina infrastruktur sekolah masing-masing.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan tawaran itu dibuka kepada sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan sejak 29 April lalu hingga 5 Jun ini.

“Permohonan hendaklah dikemukakan oleh pihak sekolah atau Lembaga Pengelola Sekolah atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah melalui laman sesawang https://www.ssipr.selangor.gov.my ,” katanya di Facebook.

Pada 17 Mac lalu, Dato’ Menteri Besar berkata program itu menawarkan bantuan membaik pulih infrastruktur atau membiayai pembinaan struktur baharu sekolah terbabit.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha itu membuktikan Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan agenda pendidikan di Selangor.


Pengarang :