Selangorkini
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan Shah Alam On Wheels di lokasi tertentu pada hujung minggu untuk kemudahan orang ramai berurusan. Foto Facebook MBSA
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

Bayar cukai taksiran, kompaun MBSA di Lotus’s Setia Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 26 MEI: Orang ramai boleh melunaskan bayaran cukai taksiran dan kompaun melalui Shah Alam On Wheels di parkir pasar raya Lotus’s Setia Alam Sabtu ini.

Inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang beroperasi dari 11 pagi hingga 5 petang bagi memudahkan masyarakat berurusan pada hujung minggu tanpa perlu ke kaunter.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata pejabat bergerak itu turut menyediakan
khidmat kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja serta jualan buku pelan setara.

“Melalui perkhidmatan ini, pihak Majlis berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, hubungi talian 013-3380551.

 


Pengarang :