AGENDANASIONAL

Bekalan air di 15 kawasan wilayah KL pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 2 MEI: Bekalan air bagi 15 kawasan di wilayah Kuala Lumpur yang terjejas semalam susulan pelaksanaan pembaikan paip pecah, pulih sepenuhnya 6 pagi tadi.

Susulan itu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berterima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh berkenaan.

“Air Selangor ingin memaklumkan bekalan air bagi 15 kawasan di wilayah Kuala Lumpur berikutan pembaikan paip pecah di Rumah Pam Pudu Ulu Baru, Taman Pertama pulih sepenuhnya jam 6 pagi, 2 Mei 2022,” kata syarikat itu dalam kenyataan di Facebook.

Bekalan air disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna bermula petang semalam setelah pembaikan siap jam 1.30 tengah hari.

Tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.


Pengarang :