Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf menunjukkan tanaman ganja yang dirampas selepas polis menahan seorang bekas diplomat bergelar Datuk di Janda Baik, Bentong, Pahang pada Sabtu dan anak lelakinya di Shah Alam pada 23 Mei 2022. Foto Twitter BERNAMA
AGENDANASIONAL

Bekas diplomat, anak ditahan kes tanam pokok ganja di rumah

SHAH ALAM, 24 MEI: Seorang bekas diplomat berusia 78 tahun bersama anak lelakinya ditahan polis susulan penemuan hampir 100 pokok ganja yang ditanam sekitar rumahnya di Janda Baik, Pahang.

Menurut pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, ganja berkenaan dipercayai ditanam anak lelakinya dan siasatan lanjut dibuat untuk mengetahui bagaimana bekalan itu diperoleh.

“Kami juga sedang menyiasat peranan kedua-dua suspek yang ditahan dalam kes itu,” kata Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay seperti dilapor Berita Harian.

Dalam serbuan itu, suspek yang juga bekas diplomat ditahan di rumahnya Sabtu lalu manakala anak lelakinya yang berusia 53 tahun pula ditahan di Shah Alam, semalam.

Polis turut merampas semua pokok ganja di sekeliling rumah suspek dan beberapa peralatan lain.


Pengarang :