Orang ramai mengunjungi pantai Batu Batu Ferringhi, Pulau Pinang bersama ahli keluarga dan rakan untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah pada 3 Mei 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Jangkitan harian kekal bawah paras 2,000 kes, dua kematian

SHAH ALAM, 24 MEI: Jangkitan harian Covid-19 merekodkan penurunan kepada 1,544 kes semalam, berbanding 1,817 kes  hari sebelumnya.

Berdasarkan data dikongsi menerusi https://covidnow.moh.gov.my pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan adalah 4,492,864 kes dengan 25,148  daripadanya adalah kes aktif.

Daripada jumlah kes aktif tersebut, sebanyak 24,009 kes menjalani kuarantin kendiri di rumah, 1,078 kes dirawat di hospital, 39 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 22 kes di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC).

Data covidnow turut menunjukkan penggunaan kemudahan di ICU seluruh negara kini sebanyak 60.7 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 7.1 peratus.

Selain itu, sebanyak 2,905 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,432,071 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan dua kematian dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik sebanyak 35,645 kes.


Pengarang :