Orang ramai melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan selepas negara beralih ke fasa endemik di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur pada 2 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: Jangkitan harian kekal paras 2,000 kes, empat kematian

SHAH ALAM, 16 MEI: Jumlah jangkitan harian Covid-19 menurun sedikit kepada 2,239 kes semalam berbanding 2.373 kes hari sebelumnya.

Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 4,478,112 kes dengan 30,735 daripadanya kes aktif.

Bilangan kuarantin di rumah adalah 29,516 kes, dirawat di hospital (1,170), berada di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan (23), ICU dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (22) serta pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (4).

Bagi kluster Covid-19 pula, secara keseluruhan sebanyak 7,011 kluster dikesan sejak wabak itu menular di negara ini dengan 55 kluster masih aktif.

Sebanyak empat kematian dilaporkan semalam termasuk satu di luar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 35,615 kes.

 

 

 

 


Pengarang :